Monday 26 November 2012

JOM LAYAN!

Hayati lirik lagu ini. Ia penuh dengan kata-kata hikmah. Meluntur buluh biarlah dari rebungnya.  :)




Sunday 11 November 2012

Kenderaan

 
Untuk tema kenderaan,tayangan slaid ini amatlah dapat membantu guru-guru bagi menarik minat murid.

Wednesday 7 November 2012

MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH

Kemuncak sesi persekolah tahun 2012 ada sambutan Hari Graduasi prasekolah.Pada hari ini,murid-murid prasekolah akan dianugerahkan sijil tamat prasekolah dan sedikit cenderahati kenangan dari pihak sekolah.Harapan cikgu agar ank-anak prasekolah akan meneruskan kejayaan yang lebih cemerlang apabila mereka melangkah ke sekolah rendah nanti.Salam Sayonara Prasekolah.

 
 
Cikgu pra juga tidak ketinggalan untuk melaram di Hari Graduasi ini.
 
 

Thursday 1 November 2012

Selamat hari lahir buat murid-murid ku..semoga panjang umur dan ceria selalu


Majlis sambutan hari jadi

Sambutan hari jadi murid pra kali ke 2 telah disambut di A&W pada hari Rabu lalu.Sambutan kali ini amat menarik kerana pelbagai aktiviti dijalankan bersama-sama Mrs.Bear.Disini adalah gambar kenangan sehari berada di A&W.
Dalam kenangan
 
Menikmati hidangan menyelerakan.Nyam..nyammm
 
Bergambar dengan Mrs Bear
 
 
Chicken Dance bersama Mrs Bear
 
Dapat hadiah dari Mrs Bear

seni kraf mudah

 
untuk tema buah-buahan guru boleh cuba aktiviti seperti dibawah ini iaitu seni karaf buah yang mudah tapi menarik.Bahan-bahan yang digunakan juga simple iaitu seperti berikut:
 
Bahan:gambar buah,gunting,salotape,lidi

Langkah-langkah menghasilkannya pula hanya semudah ABC,mari sama-sama kita cuba...

langkah 1: Warnakan gambar buah-buahan


Langkah 2: Setelah siap warna bolehlah gunting gambar buah tersebut

Langkah 3: Setelah siap gunting bolehlah tampalkan lidi dibahagian belakang gambar


 
Inilah hasilnya,mudah dan ringkaskan...boleh cuba di kelas anda...
 
 
Hasil kreatif murid-murid boleh juga dijadikan deco di kelas prasekolah.SELAMAT MENCUBA